Sebelum memulakan perjalanan mu

Sebelum memulakan perjalanan mu

Monday, January 28, 2008

Mingguan Wanita

Kemasyarakatan


Ikhwan hanya mampu memandang saja...

“Sabar ya nak ya, kongsi-kongsi la dulu keropok ni. Nanti bila hujan berhenti mak beli lagi. Jangan gaduh-gaduh tau, tak baik,” pujuk Kartini Hamdan kepada anak-anaknya yang merengek berebutkan sebungkus makanan ringan.

Ibu berusia 29 tahun ini kemudiannya mengalih pandangan ke arah Mohd Khairul Ikhwan yang terbaring di atas permaidani. Dengan pandangan sayu Kartini mengangkat badan Ikhwan yang lemah lalu meletakkan kanak-kanak istimewa itu di pangkuannya. Sebaris senyuman terukir di wajah Ikhwan dan ternyata dia begitu selesa berada di ribaan ibunya.


Wanita yang tak mengenal erti putus asa ini menjelaskan, ada kalanya dia akan berinteraksi dengan Ikhwan bagi melatih pertuturan sekali gus menjana mindanya supaya aktif berfikir dan peka terhadap alam sekeliling. Usaha tanpa jemu itu akhirnya membuahkan hasil yang cukup membanggakan apabila Ikhwan mampu menyebut perkataan keramat; ‘mak’ dan ‘ayah’. Biarpun bunyinya tak begitu jelas tapi kesungguhan anak istimewa ini mencuba membuatkan ibunya cukup gembira.

“Mula-mula tu rasa macam dengar tak dengar je masa dia panggil saya ‘Mak’ tapi bila dia (Ikhwan) sebut berulang kali baru saya percaya. Alhamdulillah, banyak perubahan positif berlaku pada dirinya seperti percakapan dan perlakuan. Walaupun tidak secara keseluruhan tetapi sekurang-kurangnya dia berusaha,” ujar Kartini sambil mengusap rambut anaknya.

Menurut Kartini, lima tahun dulu Ikhwan terpaksa dikeluarkan ketika usia kandungannya enam bulan. Segala-galanya berpunca apabila dia terjatuh ketika berjalan di dalam rumah dan kesan dari peristiwa tersebut, Kartini mengalami kesakitan pada kandungannya.

“Lepas jatuh tu suami terus bawa saya ke klinik tapi doktor kata kandungan ok. Seminggu kemudian perut saya mulai sakit yang teramat sangat, macam rasa nak bersalin. Suami pun kelam-kabut hantar saya ke hospital dan setelah diperiksa, doktor kata saya terpaksa lahirkan Ikhwan walaupun usia kandungan belum cukup matang. Masa tu terkejut sangat sebab saya memang tak bersedia lagi tapi bila teringatkan kata doktor bahawa Ikhwan mungkin bahaya jika terus dibiarkan dalam perut maka saya terpaksa akur pada keputusannya,” cerita Kartini.

Jelasnya lagi, sebaik sahaja Ikhwan dilahirkan dia terpaksa berada di wad selama dua bulan untuk mendapatkan rawatan serta penjagaan yang rapi memandangkan tahap kesihatannya ketika itu kurang memuaskan. Tambah menyedihkan apabila anak istimewa ini terpaksa menjalani pembedahan pada usia satu bulan akibat penyakit angin pasang.


Kisah seterusnya di dalam MW minggu ini.


Isu Terkini !

9 tahun bercinta...

Beega & Intan bagai pinang dibelah dua

Sembilan tahun bergelar pasangan kekasih bukanlah satu tempoh yang singkat buat pasangan romantik Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 28, atau lebih Dikenali sebagai Beego dan isteri, Intan Shahira Mohd. Shahru, 26. Namun berkat kesabaran serta keikhlasan dalam bercinta, percintaan yang direstui oleh kedua-dua belah keluarga ini berakhir jua ke jinjang pelamin. Malah majlis resepsi yang diadakan di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan baru-baru ini membuktikan mereka berdua sememangnya pasangan yang sepadan, bak pinang dibelah dua.


"Pelbagai halangan dan dugaan yang telah kami tempuhi sepanjang sembilan tahun bergelar pasangan kekasih. Jadi saya harap biarlah perkahwinan kami ini kekal sampai bila-bila. Harapan saya sama seperti pasangan-pasangan lain yang bercinta dan berkahwin yang mahukan kebahagiaan hingga ke akhir hayat," ujar Beego ketika ditemui sejurus selepas majlis resepsi tersebut berakhir.



Katanya dia benar-benar mencintai Intan dan menganggap Intan sebagai seorang wanita yang cukup sempurna untuk dijadikan isteri. Malah dia yakin Intan mampu membahagiakannya. Apatah lagi Intan yang bekerja sebagai perunding di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur ini memiliki ciri-ciri wanita yang dicarinya untuk dijadikan isteri, selain mempunyai asas kukuh dalam ilmu agama.

"Sukar bagi saya gambarkan namun dialah pelengkap hidup saya, dialah cinta hati saya dan saya memang memasang hasrat menjadikannya sebagai isteri sejak kali pertama bertemu. Hingga kini, dialah kekasih pertama saya. Apa yang boleh saya katakan, Intan bagaikan 'fenomena' buat diri saya.

Selama sembilan tahun mengenalinya, 99.9 peratus, dia merupakan wanita yang cukup sempurna untuk dijadikan isteri. Tinggal 0.01 peratus sahaja lagi untuk kami saling mengenali dan menambahkan rasa cinta dalam kehidupan kami," tambah Beego sambil tersenyum memerhatikan Intan.

Paparan seterusnya di dalam MW minggu ini.



Mingguan Wanita

Hanya Lelaki - Pengakuan Duda

Isteriku Pengamal Ilmu Hitam

Aku mencintainya sepenuh hati. Cinta pandang pertama kami membuatkan aku tidak pandang akan perempuan lain di kampus di tempat pengajianku. Gadis yang bertahun-tahun lamanya aku menyimpan hasrat untuk hidup bersama kini menjadi milikku walaupun ada di antara rakan-rakanku tidak menyukai akan gadis yang menjadi pilihan dalam hidupku.


Bagiku, Intan seorang gadis yang amat sopan budi pekerti dan penuh dengan ciri-ciri gadis ketimuran. Ini lagi membuatkan aku tidak sanggup untuk kehilangannya. Kami mendirikan rumah tangga pada tanggal Februari 2005. Tetapi apa yang menyedihkan diriku, kebanyakan rakan-rakanku tidak hadir di majlis penuh bersejarah. Walaupun aku sedih, tetapi aku berasa tersangat gembira kerana Intan kini sudah menjadi sebahagian dari hidupku.

Setelah dua tahun bersama, ada desas-desus mengatakan bahawa isteriku mengamalkan ilmu hitam dalam hidupnya. Aku mengetahui daripada rakanku sendiri. Rakanku menceritakan kejadian sebenar kepadaku akan alasan mengapa mereka semua tidak hadir ketika majlis perkahwinanku berlangsung dua tahun yang sudah.

Sebelum itu aku ada juga mendengar cerita yang tidak elok tentang Intan. Apabila rakanku cuba untuk memperbetulkan keadaan sebenar, aku tidak percaya akan katanya. Seolah-olah dia cuba untuk meruntuhkan kepercayaan aku pada Intan. Aku akui ramai yang menyukai isteriku kerana dia di antara gadis yang amat diminati oleh jejaka-jejaka sewaktu di kampus dahulu. Aku di antara lelaki yang bertuah memiliki Intan dan ini membuatkan jejaka-jejaka lain cemburu akan hubungan kami. Nasihat rakanku tidak aku endahkan kerana cintaku menebal terhadap Intan.

Dua tahun kami hidup bahagia dengan kehidupan yang harmoni dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata. Tanpa disangka, dalam tempoh hidup dua tahun bersama Intan, aku mula berasa curiga dengan kelakuannya yang aneh dan ini mengingatkan aku tentang kata-kata rakanku mengenai Intan. Perasaan curiga menyelubungi hatiku apabila setiap malam Jumaat, isteriku mula mengurungkan dirinya di dalam stor di rumah.

Semasa kami hendak berpindah, Intan telah berpesan kepadaku supaya jangan sesekali memasuki bilik stor tersebut. Pada keesokan harinya, aku dan Intan pergi kerja seperti biasa, tetapi pada hakikatnya Intan tidak mengetahui bahawa aku telah mengambil cuti pada hari tersebut. Dengan perasaan ingin tahu, aku dengan beraninya memasuki bilik stor tersebut.

Tanpa disangka, bau busuk menusuk hidungku dan lantas aku membuka lampu. Alangkah terkejutnya aku apabila terlihat benda-benda pelik seperti kemenyan, keris-keris lama dan pelbagai lagi benda yang aku tidak tahu fungsinya. Aku rasakan bilik itu digunakan oleh Intan untuk melakukan unsur-unsur pemujaan.

Kini segala persoalan telah terjawab di hatiku. Aku seolah-olah berasa tertipu dengan keayuan, kejujuran, keikhlasan Intan selama ini terhadapku. Fikiranku mula melayang, aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan lantas aku menelefon rakanku untuk memberi pandangan apa yang harus aku lakukan.

Rakanku membawaku berjumpa dengan pakar kaunseling yang boleh membantuku dalam situasi ini. Sewaktu sesi perbincangan dengan pakar kaunseling, aku menerima satu panggilan yang mengatakan bahawa Intan terlibat dalam kemalangan. Aku terkejut lantas bergegas ke hospital. Intan berada di dalam keadaan kritikal di wad kecemasan dengan keadaan nyawa-nyawa ikan.

Aku cuba mengajarnya supaya menyebut dua kalimah syahadah, tetapi amat payah untuk Intan melafazkannya. Akhirnya Intan menghembuskan nafas terakhir tanpa mengucap dua kalimah syahadah dan meninggalkan kami dua beranak yang hidup dengan penuh persoalan yang belum sempat aku menerima kebenaran daripada Intan sendiri.

Resipi Pilihan

Strawberry Crepes



BAHAN-BAHAN:

• 1 biji telur dipukul
• ¼ cawan susu skim
• 1/3 cawan air
• 1 sudu besar minyak sayuran
• 2/3 cawan tepung serba guna
• ¼ sudu teh gula putih
• Secubit garam


BAHAN-BAHAN UNTUK INTI:
• ½ cawan coklat chip
• 1 cawan strawberi segar (dihiris nipis)
• ¾ cawan frozen whipping topping
• Sedikit hirisan pisang

CARA MEMBUAT:

1. Pukul telur, susu, air dan minyak dalam mangkuk besar. Masukkan gula, tepung dan garam sehingga ia sebati.

2. Panaskan kuali leper dan tuangkan bancuhan lempeng. Ratakan ia dalam kuali, biarkan sehingga kekuningan dan angkat. Masak lempeng sehingga bancuhan habis.

3. Di dalam kuali kecil yang berasingan, panaskan coklat chip pada api sederhana. Kacau berterusan dan setelah cair, alihkan dari api dapur.

4. Ambil lempeng dan sapukan sedikit coklat chip cair. Selepas itu letakkan hirisan strawberi di bahagian tengah dan gulung lempeng tadi.

5. Letakkan whipped topping di atasnya bersama dengan hirisan pisang.




BAHAYA NYER.....>>> GULA

Gula dan Bahayanya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kita bertemu lagi kali ini. Saya amat terperanjat dengan pengalaman membaca buku tentang GULA. Amat menyedihkan dan saya amat risau tentang masyarakat di Malaysia yang terancam secara senyap. Bagi saya GULA seperti racun!

Sedikit persoalan tentang gula.

=================

Gula dan Bahayanya

=================

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan.

Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak

langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga

adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang

lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)

2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh

3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.

4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan

5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran

6. Meningkatkan paras trigliserid

7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria

8. Merosakkan buah pinggang

9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)

10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)

11. Mengurangkan kromium dalam badan

12. Mengurangkan kuprum dalam badan

13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan

14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur

15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi

16. Faktor kepada kanser pundi hempedu

17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat

18, Melemahkan penglihatan

19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah

20. Penyebab hipoglisemia

21. Penyebab perut berasid

22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak

23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari

24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut

25. Membawa kepada ketagihan alkohol

26. Merosakkan gigi

27. Penyumbang utama kegemukkan

28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser

29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik

30. Penyebab artritis

31. Penyebab lelah

32. Pembentukan batu dalam ginjal

33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis

34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu

35. Penyebab sakit jantung iskemik

36. Penyebab sakit apendiks

37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis

38. Penyebab pendarahan

39. Penyebab Vena Varikos

40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil

41. Penyebab sakit gusi

42. Penyumbang kepada Osteoporosis

43. Penyebab air liur menjadi berasid

44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin

45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa

46. Mengurangkan hormon tumbesaran

47. Meningkatkan kolesterol dalam badan

48. Meningkatkan tekanan darah sistolik

49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh

50. Penyebab alergi terhadap makanan

51. Penyumbang kepada sakit kencing manis

52. Penyebab keracunan darah semasa hamil

53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak

54. Penyebab penyakit kardiovaskular

55. Melemahkan struktur DNA

56. Penyebab Katarak

57. Penyebab Emfisema

58. Penyebab arteriosclerosis

59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah

60. Merendahkan kemampuan enzim

61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya

62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati

63. Meningkatkan lemak dalam Hati

64. Membesarkan saiz buah pinggang

65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya

66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan

67. Penyebab sembelit

68. Penyebab rabun jauh

69. Penyebab lapisan rerambut

70. Penyebab hipertensi

71. Penyebab sakit kepala

72. Menganggu kemampuan berfikir

73. Penyebab kemurungan

74. Meningkatkan tindak balas insulin

75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus

76. Penyebab ketidak seimbangan hormon

77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan

78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?

Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;

>Glukosa

>Fruktosa

>Laktosa

>Maltosa

>Sukrosa

>Sirap Glukosa

>Sirap maple

>Molases

>Sirap hitam

>Sirap kencana

>Dektrosa

>Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh

2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh

3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh

4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh

5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh

6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh

7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh

8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh

9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh

10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh

11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?

Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis

yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.

Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!

"Kita adalah apa yang kita makan".

Selamat maju jaya!

======================================
ADLI
CyberSlimCenter,
CSC Healthcare Enterprise,
B10-07, Apartment Bayusuria,
Off Jalan Meranti, Taman Impian Ehsan,
43300 Balakong, Selangor.
Tel: 0172040533
Fax: 03-8962 1977
E-mail: adli@cyberslimcenter.com
Laman Web: http://www.cyberslimcenter.com/ad.html

Saturday, January 26, 2008

video

3 anak hidapi cecair dalam otak




(BERITA HARIAN 20 JANUARI 2008)

Oleh Norma Mullie

KUCHING: "Saya sentiasa bersyukur setiap kali melihat ketiga-tiga anak saya masih bernafas kerana saya tidak tahu berapa lama lagi mereka akan hidup di dunia ini," kata seorang bapa, Hipni Bahdi.

Kebimbangan bapa berusia 31 tahun yang hanya bekerja kilang dengan pendapatan RM600 sebulan ini tidak sukar dimengertikan, apabila melihat keadaan ketiga-tiga anaknya yang hanya mampu terlantar kerana menghidap 'hydrocephalus' atau cecair dalam otak.

Hipni dan isterinya, Nor Datul Aliyah Majmon, 31, sentiasa risau kerana kerap diberitahu doktor bahawa anak mereka, Nurul Syaffiqqa, 9; Mohd Fizrul Izzani, 4, dan Zulfikar yang baru berusia sebulan, tidak akan hidup lama.
Penyakit yang dihidapi tiga daripada empat anak mereka itu menyebabkan Nurul, Mohd Fizrul dan Zulfikar tidak dapat bergerak dan tidak dapat membesar seperti kanak-kanak sebaya mereka.

Ketiga-tiga mereka juga terpaksa dipakaikan lampin pakai buang dan meminum susu tepung setiap hari, kerana tidak dapat mengambil makanan pejal.

Keadaan ini menyebabkan Hipni yang bergaji kecil sering kesempitan, kerana purata perbelanjaan untuk susu tepung ialah RM300 sebulan, manakala untuk lampin pakai buang pula RM250 sebulan, selain dia juga perlu menanggung seorang lagi anak yang bersekolah.
Anak sulungnya, Nurhaslina, 11, adalah satu-satunya yang sihat serta sedang menuntut di Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Tabuan di sini.

Justeru, Hipni kehabisan ikhtiar untuk menyara kehidupan keluarganya yang kurang bernasib baik, apa lagi mereka sekeluarga tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak.

"Hanya Nurul menerima bantuan RM70 sebulan daripada Jabatan Kebajikan ekoran statusnya sebagai orang kurang upaya, manakala yang lain saya terpaksa berusaha sendiri.

"Isteri saya pula tidak dapat bekerja kerana terpaksa menguruskan tiga anak saya yang sakit dan seorang lagi masih bersekolah," katanya ketika ditemui Berita Minggu di kediaman mereka di Kampung Tabuan Hilir di sini, semalam.
Hipni berkata, beliau amat mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang sudi menderma terutama kerusi roda untuk kegunaan anaknya itu.

Kerusi roda amat diperlukan bagi memudahkan beliau dan isteri menghantar anak mereka untuk pemeriksaan dan rawatan di hospital.

Sejak kelahiran Zulfikar sebulan lalu, beliau menghadapi kesukaran untuk membawa tiga anaknya untuk mendapat rawatan secara serentak.

"Memang kehidupan kami sekeluarga serba daif namun saya reda dengan ketentuan Tuhan," katanya.